“Tu Tanggungjawab B*ngok…” Dikata ‘Over’ Puji Suami, Sekali Ini Komen Padu Elisya Sandha

Semenjak hadirnya cahaya mata sulung pasangan Elisya Sandha dan Uzair Haqimy yang diberi nama Bunga Elhaq, aktres itu dilihat begitu gembira malah seringkali memberi ucapan penghargaan buat suaminya menerusi beberapa hantaran di Instagram.

Namun, tindakan Elisya itu nampaknya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang mengatakan dirinya ‘over’.

Malah, netizen menyifatkan pengorb4nan waktu tidur dan cara penjagaan anak itu sememangnya perkara normal yang dilakukan oleh pasangan yang baru sahaja menerima kehadiran cahaya mata.

Enggan mengambil pusing perkara remeh yang dibangkitkan warganet, Elisya lebih senang mengambil langkah berdiam diri dari mengendahkan kecaman tersebut.

Menurutnya, selagi mana perkongsiannya itu tidak bersifat negatif maka, ia bukanlah satu hal yang besar yang harus difikirkan oleh beliau dan keluarga.

“Jadi, saya bukan mahu mendabik dada dan memeningkan kepala memikirkan kata sinis netizen atau yang berbaur neg4tif. Saya tak memerlukan justikasi mereka dalam hal ini.

“Saya juga percaya ruang menulis dan berkongsi apa saja bentuk perkongsian di media sosial tidak memerlukan pandangan mereka.

“Saya anggap luahan itu adalah bentuk dedikasi jujur. Mereka juga boleh melakukan perkara sama. Tapi ia terpulang kepada terjemahan org lain yang mungkin fikir ia seperti p0yo atau apa saja tafsiran neg4tif,” katanya.

Terdahulu, Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Hassan, 23, bersama suami dan pihak keluarga telah mengadakan majlis aqiqah anak perempuannya pada Hari Raya Aidiladha yang lalu.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Elisya menyifatkan 2022 adalah tahun pengorb4nan paling besar kerana dia telah berjuang melahirkan Bunga Elhaq pada 18 Jun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)


Kata Elisya, penghargaan untuk suami tercinta juga harus diberikan kerana rajin membantu menjaga anak mereka terutama pada shif malam.

Melahirkan anda adalah pengorb4nan yang paling besar untuk mummy.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)


Pengorb4nan daddy anda bangun setiap malam untuk tukar lampin dan susukan anda serta pengorb4nan ramai orang untuk jayakan majlis aqiqah anda hari ini.

Masya-Allah anak mummy ini sangat bertuah. Ramai orang sayang.

Dalam pada itu, adik kepada aktres Fasha Sandha berharap anaknya akan menjaga hati orang ramai serta menghargai pengorb4nan apabila sudah besar nanti.

Apabila kamu sudah semakin membesar dan pandai membaca saya mahu anda membaca mesej dan ingat pesan mummy.

Jagalah hati orang yang sayangkan anda. Hargai pengorb4nannya, terimalah kekurangannya. Jangan sia-siakan keikhlasannya sebab anda tak tahu Bunga betapa untungnya anda di mata orang lain kerana anda memilikinya.

Perkongsian itu turut memaparkan wajah Bunga Elhaq buat kali pertama kepada umum. Rata-rata wargamaya teruja dan memuji kecomelan cucu kepada penerbit dan pelakon terkenal Sheila Rusly.

Masha-Allah. Comeynya Bunga Elhaq. Semoga menjadi anak yang solehah, berbakti kepada kedua orang tua kelak.

Indahnya ciptaan Allah. Semoga Bunga Elhaq membesar dengan sihat… Berjaya dunia akhirat menjadi penyejuk hati ibu ayah. Amin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Twitter, Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.