Ucapan Bakal Besan Buat Nourul Depp

Kuala Lumpur: Penyanyi, Nourul Wahab Depp yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-45 semalam menerima ‘hadiah istimewa’ daripada bakal besannya yang juga pelakon, Datin Maria Farida.

Nourul yang kini menetap di Bali, Indonesia memuat naik ucapan Maria yang antaranya mendoakan kesejahteraannya di media sosial.

“Happy birthday to my dear besan, Nourul Deep. Have a wonderful birthday kat sana. Saya harap saya boleh ada di sana tapi ada ‘shooting’.

“Jadi saya harap semuanya berjalan baik dan ‘enjoy’. Umur hanyalah angka tapi kamu tetap kelihatan ‘faboulous’. Okey balik kl kita ‘celebrate’ kat sini pula,” kata Maria.

Pada 14 Mei lalu, Nourul berkongsi gambar anaknya, Ayu Nazirah bersama teman lelakinya yang juga anak kepada Maria iaitu Mizan Ashley.

Perkongsian sempena ulang tahun Mizan ke -25 itu disambut gembira peminat Nourul apabila mengetahui penyanyi itu bakal berbesan dengan Maria.

Lebih menarik, Maria turut meninggalkan komen yang mengatakan anaknya bertemu dengan teman wanita yang baik.

Dalam pada itu, Nourul menerusi media sosialnya turut berkongsi gambar ucapan Ayu yang didedikasikan buatnya.

Perkongsian ini mendapat 6,000 tanda suka daripada peminatnya.

Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab berpindah ke Bali bersama suami, Eric Daniel Depp dan tiga anak mereka iaitu Zachary, 9; Raphael, 7; dan Isabella 3; pada September tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: HM

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.