‘Content’ Ulas Lelaki Tiada Kenderaan, Pelakon Qistina Beri Pandangan Dipuji

Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video yang memaparkan dua orang wanita difahamkan mengulas mengenai isu kenderaan yang mana membandingkan usaha seorang lelaki dengan wanita dalam memiliki kereta.

Justeru itu, ada pengguna lain di aplikasi tersebut mengulas tentang content dihasilkan oleh individu terbabit yang tidak bersetuju dengan ulasan itu manakala, pelakon kanak-kanak terkenal yang kini berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Nur Qistina Raisah turut tertarik untuk meninggalkan pandangannya pula terhadap muat naik yang tular itu.

Bagi Qistina Raisah yang tidak setuju dengan kata-kata individu tersebut berkata bahawa dalam dunia ini bukan hanya lelaki malah perempuan juga ada yang sejenis tidak reti mencari duit dan sebagainya. Pembandingan dilakukan itu bagaimanapun membuatkan Qistina Raisah memberikan pandangan dengan memuat naik rakaman video berdurasi lebih dua minit.

Dirinya menegaskan tidak marah dengan individu berkenaan namun tidak bersetuju jika di judge mengikut jantina sebegitu tetapi tidak menidakkan kata-katanya kerana sememangnya ada yang berperangai sedemikian.

Dalam pada itu, Qistina Raisah yang juga begitu dikenali ramai sebagai pelakon kanak-kanak berbakat itu juga di akhir video sempat memberikan kata semangat kepada pihak lelaki yang berusaha namun tidak nampak oleh orang sekeliling.

“Entah la, rezeki masing masing…”

“Betul, pandai…”

“Pemikiran budak lagi bijak…”

“Lah, cepatnya kau besar dik. Rasa tengok tv kecik lagi”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: HCL

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.