Datuk Aliff Joget Laga Pvnggung Dgn Baby Shima. Bonda Rozita, Pu Syed Tampil Bagi Tazkirah Free

Bonda Rozita Bidas Datuk Aliff “Sudah Jangan Mengundang B4la, Tak Payah Joget Laga Punggung Pun Dapat Rezeki” itulah luahan seorang ibu buat anaknya.

Menerusi perkongsian terbaru menerusi akaun rasmi Instagram Datuk Aliff Syukri telah memuat naik sedutan video klip terbaru sebuah lagu duet dendangan dirinya dan penyanyi Baby Shima.

Video klip tersebut ternyata mengundang kontr0versi apabila aksi tarian Baby Shima yang kelihatan keterlaluan dan agak mengh4irahkan.

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, 36, pernah nekad untuk mengurangkan kontr0versi dan mencipta gimik murahan demi menarik perhatian warganet.

Aliff berkata, dia juga kini sudah mula memperlahankan rentak di media sosial supaya kehadirannya dilihat lebih matang dan dikenali sebagai usahawan berjaya.

Namun, perubahan tersebut ternyata bersifat sementara, apabila dia melancarkan pula lagu terbaru dengan aksi kurang sopan bersama artis wanita

“Artis no 1 nak menyanyi plz beri laluan
Ada yg tak sabar tak dengar suara penyanyi no 1 malaysia ni?? Konsep vedio clip kpop dan akan kalahkan blackpink dan BTS nantikan.. Bersama rakan duet sy” kongsi Dato Aliff

Bonda Rozita Bidas Datuk Aliff

Bukan sahaja ditegur netizen malah ibu tercinta Datuk Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim turut mencoretkan sebuah komen yang membidas kelakuan Aliff yang dianggap keterlaluan dan mengundang bala.

“WALLAHI BENCI .. SUDAH JANGAN MENGUNDANG BALA – SATU-SATU KRI JEMPUT – YAKINLAH KRI NIAGA NI TAK PERLU ARTIS AKAN BERJAYA – TAK PAYAH JOGET LAGA PUNGGUNG PUN DAPAT REZEKI”

“MENYANYILAH IA BUKAN AURAT LELAKI .. TP BUKAN BERSAMA WANITA BEGINI – LETAK MARUAH TERTINGGI BUKAN GLAMER TERTINGGI – KAMU BUKAN ARTIS – TP USAHAWAN – DAH LARI FOKUS”

Ternyata apa yang dinasihatkan oleh Bonda Rozita untuk anak lelakinya itu cukup padu. Diharap Datuk Aliff lebih peka dan tidak terlalu mahu meraih perhatian orang ramai dengan kontroversi sebegini.

Baca Disini : Aliff Syukri Anggap Arwah Nenek Seperti Ibu Sendiri, Sedih Namun Reda “Selamat Jalan Nenek Ku Sayang Ke Negeri Abadi”

Aliff Syukri Buang Ego, Kembali Kepada Keluarga, Lebih Matang Hargai Isteri

“Please Datuk Faham, Dah Banyak Kali Bonda Warning Tu”

Menerusi ruangan komen, netizen menyeru agar Datuk Aliff memahami apa yang dikatakan oleh ibu tercinta.

Pu Syed Tampil Memberi teguran

Kongsi Video Dua Wanita Menari Terkinja-Kinja Di Majlis Perkahwinan, Aliff Syukri Teruk Dikec4m

Terdahulu Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri kembali mendapat kecaman netizen selepas memuatnaik sebuah video yang seolah-oleh memberikan ‘hint’ siapakah artis duetnya menerusi lagu terbaharu yang akan dirilis kelak.

Menampilkan 5 Artis Viral No.1 Malaysia?

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, dapat dilihat dua orang wanita sedang menari terkinja-terkinja di sebuah majlis perkahwinan sambil diperhatikan oleh Aliff Syukri. Malah, dia turut meminta pengikutnya di Instagram untuk meneka siapakah rakan duetnya menerusi lagu terbaharunya itu.

“Nantikan lagu terbaharu saya babysayang lagi 10 hari. Cer teka saya berduet dengan siapa?? Tekaan yang tepat saya bagi hadiah. Nantikan lagu terbaharu saya menampilkan 5 artis viral no.1 Malaysia.”-Tulis Aliff Syukri

Teruk Dikec4m

Walaubagaimanapun, hantaran usahawan kosmetik itu mendapat kecaman ramai yang mempersoalkan tindakan dua orang wanita yang dikatakan tidak menjaga adab dan batas sebagai wanita Muslimah.

“Bagi ada akhlak sikit.”

“Dia sengaja cari orang macamtu supaya ikut kepala dan perangai dia. Bukan nak bentuk budak tu jadi elok. Apo laa.. Gunakan orang untuk marketing sendiri.”

“Sebegini ka wanita muslimah #akhirzaman.”

“Hurmmm kenapa la perempuan menari-menari macam tu. Jaga la adab dan sifat-sifat malu kalian. Buruk wei pompuan menari macam tu. Nanti dikecam marah. Berubah la. Dunia dah akhir zaman.”

“Lahh ambil kak long 7e ngan latu..Lahai..terus takde mood nak tengok.”

“Entah tak tahu nak cakap apa dengan dia nia. Batas la hodoh benar perempuan bertudung menari macam ni.”

Ada yang tak sabar nak dengar lagu terbaharu Aliff Syukri?

Semoga Datuk Aliff menjadi anak yang soleh dan mendengar nasihat ibu tercinta.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Instagram Bonda Rozita Ibrahim

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.