“Diorang 1 Family Mmg Stylo”Ummi Nazeera Dan Abangnya Raih Perhatian Ramai

Memiliki paras rupa dan personaliti menarik, Ummi Nazeera antara pelakon yang tidak hanya bersandarkan fizikal sahaja dalam industri hiburan tanah air. Bakat lakonannya juga cukup mengagumkan dan nama Ummi Nazeera terus menjadi perhatian ramai sehingga kini.

Apatah lagi apabila drama lakonannya berjudul Risik Pada Hati berjaya membuat hati penonton terpaut dan penuh emosi. Bagaimanapun, sama seperti selebriti lain sudah tentunya peminat akan turut tertarik dengan kisah peribadi artis kesayangan mereka.

Umum sedia tahu Ummi Nazeera mempunyai seorang abang yang mana rupa parasnya sering jadi bualan warganet. Kacak dengan kulit mulus, Nazreem Musa adalah salah seorang influencer dengan kehadirannya di majlis akan mencuri perhatian ramai.

Malah baru-baru ini satu rakaman Ummi Nazeera dan abangnya hadir ke KLFW telah mencuri perhatian ramai. Berikut adalah perkongsian video dua beradik ini menghadiri majlis fesyen berkenaan:

Melihatkan gelagat Ummi Nazeera dan abangnya ini memang membuatkan ramai tertarik dengan situasi berkenaan. Apatah lagi apabila Nazreem Musa sempat meletakkan tangan sebagai tanda menghalang hujan atau panas di kepala Ummi Nazeera.

Ramai yang ‘cair’ nampaknya! Selain dari itu, pakaian yang dikenakan kedua-duanya nampak sangat menyerlah dan menarik.

Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah dimuat naik menerusi akaun TikTok Ummi Nazeera sendiri dan telah meraih lebih 200 ribu tontonan dan 9,300 likes. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan TikTok ini:

“Suka sangat tengok Umi..Cantik + manis sangat..Jangan berhenti senyum tau”

“Sweetnya abang dia protect adik tak nak kena hujan kot”

“Love tengok cara abang dia protect adik dia”

“Stylo umi dengan abang dia”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: https://himpunanceritalawak.com/

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.