Sedih Betul Baca Kisah Perceraian Mizz Nina Dan Noh. Ini 18 Trivia Tentang Mizz Nina Yang Confirm Korang Tak Tahu!

Semalam kita dikejutkan dengan berita penceraian pasangan selebriti popular iaitu Mizz Nina & Noh Hujan.

Ramai terperanjat dengan berita itu yang pada akhirnya disahkan juga oleh kedua bekas pasangan suami isteri tersebut menerusi hantaran posting di Instagram mereka masing-masing.

Ada desas-desus berkata punca keretakan rumah tangga yang selama ini dilihat bahagia adalah berpunca daripada penyebaran beberapa video kurang sopan yang didakwa menyerupai Noh Hujan, sehinggakan Mizz Nina dilihat beberapa kali juga memuatnaik status peribadi di media sosialnya seakan meluahkan kekecewaannya itu.


Dengan takdir Tuhan, mahligai yang dibina selama 11 tahun sejak 2 Julai 2011 akhirnya musnah.

Perkembangan terkini status rumah tangga keduanya pastinya mengundang perdebatan dan komen daripada netizen yang rata-rata menyalahkan Noh serta bersimpati dengan Mizz Nina yang dilihat telah banyak berkorban demi mencari hidayah Allah serta mempertahankan perkahwinannya.

Namun siapalah kita untuk menjatuhkan hukum dan siapalah juga kita untuk menentukan pihak yang bersalah kerana bukan kita yang menjalani hidup mereka.

Apa-pun jom kita ikuti trivia atau beberapa fakta menarik mengenai Mizz Nina, seorang figura ‘luar biasa’ yang sering dikagumi netizen dengan cerita penghijrahan dirinya sebagai anak Bilionair, penyanyi antarabangsa, isteri vokalis kumpulan Hujan dan terbaharu ibu angkat kepada seorang cahaya mata lelaki bernama Musa.

TRIVIA WANITA DI SEBALIK NAMA MIZZ NINA

1. Nama penuh Shazrina Tan Sri Dato’ Azman Hashim, dilahirkan pada 1 Julai 1980 di Kuala Lumpur.

2. Mempunyai 5 adik beradik dan ibunya bernama Tunku Arishah Tunku Maamor.

3. Merupakan anak seorang Bilionair kerana bapanya Tan Sri Dato’ Azman Hashim merupakan Pengerusi Ambank dan Pengerusi Eksekutif Amcorp Group Berhad serta Pengerusi bagi beberapa anak syarikat Kumpulan AmBank dan juga Amcorp Properties Berhad.

4. Berdasarkan sumber wikipedia, nilai bersih kekayaan Tan Sri Azman dianggarkan berjumlah $600 juta atau bersamaan RM2.4 bilion dan Mizz Nina bergelar anak orang yang pernah menduduki top 10 paling kaya di Malaysia.

5. Mizz Nina kelulusan Ijazah Pengajian Media dan Perhubungan Awam sebuah universiti di Australia.

6. Kerjaya awal yang diceburi sebagai model, pengacara, penyampai radio, penyanyi R&B dan usahawan.

7. Popular sebagai penyanyi wanita pada zaman gig underground dan pernah digelar “Queen of Hiphop Malaysia” sehingga membuat kolaborasi dengan artis dari USA dan Korea.

8. Pernah merakamkan album solo : What You Waiting For (2010) dan album berkumpulan (Bersama Teh Tarik Crew) EP Are We Rap Stars now (1999), Album pertama, How’s The Level? (2002) dan What’s Next (2004).

9. Mizz Nina pernah berkolaborasi dengan artis-artis antarabangsa seperti Flo Rida dan Colby O’ Donis.

10. Memilih vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh sebagai suami dan bernikah di kediaman keluarga Mizz Nina di Ukay Heights, Ampang serta dinikahkan sendiri oleh bapa Nina, Tan Sri Dato’ Azman Hashim kira-kira pada pukul 10.20 malam, Jumaat, 1 Julai 2011 (genap pada tanggal kelahirannya yang ke-31 tahun)

11. Noh dikatakan hanya mempunyai RM8 ribu di dalam akaunnya ketika melamar Mizz Nina.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: rileksla

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.