Setahun Nubhan Ambil Masa Bina Karektor ‘Mak Jenny

Penyanyi dan pelakon, Ahmad Nubhan Ahamad semakin menjadi sebutan ramai apabila selalu berkongsi video gelagat ibunya Badariah Omar atau dikenali sebagai ‘Mak Jenny’.
Advertisement

Nubhan berkata, setiap perancangan kandungan pengisian yang dibuat akan diteliti terlebih dahulu agar tidak melampaui batas.

Menurutnya, beliau dan pasukannya akan memastikan setiap pengisian yang dibuat sama ada menerusi Facebook mahupun YouTube mempunyai mesej yang baik kepada penonton.

“Saya mengakui pengisian yang dibuat adalah lebih kepada mempromosi dan menjenamakan produk jualan, namun dalam pada masa sama ianya mempunyai mesej untuk kita mengingati ibu bapa kita,” katanya ketika menjadi panel pada program Kompas Rasuah Busters bertajuk Perang ‘content’ Media Sosial.

Nubhan yang kini bergelar usahawan berkata, beliau mengambil masa setahun untuk membina karektor ibunya sebagai ‘Mak Jenny’

“Ibu saya sudah tua, umurnya 76 tahun dan tak larat, jadi penggambaran banyak buat di rumah dan di kampung sahaja.

“Ianya berkonsepkan famili jadi keterujaan itu menyebabkan ramai penonton yang teringatkan keluarga di kampung,” katanya.

Tambahnya lagi, video yang dibuat banyak memaparkan unsur kasih sayang dengan keluarga terutama ibunya.

Malah, layanan mesra Nubhan terhadap ibunya juga membuka hati ramai untuk lebih menghargai ibu bapa.

“Memang saya akui ada penonton saya yang terjentik hati dia bila melihat video kemesraan saya dan emak dan paling penting saya dapat buktikan keluarga itu bukan perkara meremehkan,” katanya,

“Saya cuba menginspirasikan orang untuk berjaya dan pernah paparkan video saya belikan emak beg berjenama bukan untuk menunjuk, tetapi ianya mahu menonjolkan penghargaan seorang anak kepada ibunya dan bukan hanya dinilai pada wang ringgit semata-mata,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)


Tegas Nubhan, kejayaan pengisian yang dipaparkan bukan terletak pada jumlah tontonan yang tinggi sebaliknya nilai pengisian yang dipaparkan.

“Hendak menginsipirasikan orang, ‘content’ kena betul-betul ada ‘value’ baru sukses.

“Kalau saya berhambakan keuntungan sampai jejaskan nama baik keluarga itu tidak ada harga diri namanya.

“Saya selalu berpegang kepada prinsip bukan mencari rezeki, tetapi menjemput rezeki untuk datang, jadi saya cuba elak untuk siar sesuatu yang nampak keterlaluan kalau ada unsur sebegitu, maka saya tidak akan siarkan walaupun proses penggambaran dan suntingan sudah selesai.

“Saya tidak mahu meraih perhatian daripada keburukan yang dibuat kerana setiap ungkapan yang keluar daripada penonton adalah doa,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Sinar harian

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.